Tuesday 14 August 2012

KESEMPITAN HIDUP UJIAN ALLAH

Assalamualaikum semua...

saya amat terkesan di hati apabila membaca buku bab KESEMPITAN HIDUP UJIAN ALLAH....buku Tuhan Sedang Menguji kita hasil tulisan Ustaz Kazim Elias...antara penceramah bebas yang sangat terkenal ini....tulisan yang bersahaja...sesiapa yang membacanya...terasa seolah-olah ustaz sedang berceramah...tegas ada...berseloroh ada...perli ada...nasihat ada dan macam2 lagilah rasa yang dapat kita rasa apabila membaca buku ustaz ni....

Walaupun belum habis...tetapi rasa ingin berkongsi tetap ada dalam diri...sebaiknya...korang belilah buku ustaz....dan baca....pada saya ianya...sangat bermakna....ustaz menekankan bahawa hidup kita ini sentiasa disempitkan ALLAH. Sebab Dia nak uji kita...

                  " Tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji..."

Kot mana teror @ berilmu @ pandai @ bijak @ segalanya...kita tetap akan diuji...Tetapi kita ini terpilih untuk menerima ujian yang mcmana....apakah kita punya hak untuk pilih? Apakah kita boleh kata pada Allah...Ya Allah...jangan lah Kau uji aku dengan suami berkahwin dua @ tiga @ empat...atau...Ya Allah, janganlah Kau uji dengan penyakit kanser...atau sebagainya....ya....kita tidak punya hak untuk pilih ujian mana yang kita nak untuk diuji oleh Allah....

Menurut Ustaz Kazim...ujian/kesempitan hidup yang Allah berikan ada dalam pelbagai bentuk....iaitu...

1) Kesempitan kerana kemiskinan
2) Kesempitan hidup kerana suami
3) Kesempitan hidup kerana isteri
4) Kesempitan hidup kerana anak2 ( ada yang ada anak...ada yang takdak anak )
5) Kesempitan hidup kerana kesihatan
6) Kesempitan hidup kerana cuaca

Sesungguhnya kesemua jenis kesempitan sentiasa menghantui kita... so...jadikan ujian2 ini sebagai pengajaran...Kita hamba Allah....tak punya hak untuk pilih...yang boleh kita buat adalah mohon pada Allah supaya dikurniakan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk hadapi semua ujian2 itu. Janganlah pulak, kita berburuk sangka kepada Allah kerana sesungguhnya ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita sebagai hambanya...Allah mahu kita kembali kepadaNya...selain itu juga...ujian itu jgk sebagai kifarah atas segala dosa2 kita yang lalu....muhasabah balik diri kita...mohon taubat kepada Allah...menangislah kepadaNya...menangislah kepadaNya atas segala dosa kita yang lalu....dan sesesungguhnya...dengan ujian jugak...Allah nak naikkan darjat kita disisinya...mohonlah pertolongan kepada Allah dengan solat dan bersabar.....

Semoga coretan yang sedikit ini, dapat kita kongsi dan perbaiki diri kita semua....saya banyak dosa...saya banyak dosa...saya banyak dosa....semoga ALLAH ampunkan kita semua....kerana Allah Maha Pengampun...Allah suka mengampuni....maka ampunilah kami....

Sesungguhnya..kesempitan yang dialami jgk ada puncanya....untuk bacaan lanjutan....saya suggest korang semua cari buku ustaz kazim ni....tak mahal pun RM19.90 je....

Setakat ni saja dulu.......assalamualaikum.wrm.wbh. See you...

Monday 13 August 2012

DOA SOLAT TARAWIH



"Segala Puji bagi Allah yang telah menyempurnakan nikmat dan kurniaanNya.
Ya ALLAH...Ya Tuhan kami,
bagimu segala pujji sesuci dengan kebesaran zat-Mu 
dan kerajaan-Mu yang Maha Mulia."

"Ya ALLAH...
semoga Engkau limpahkan kesejahteraan atas junjungan 
kami Nabi Muhammad saw berserta keluarga dan sahabat2nya."

"Ya ALLAH....
semoga Engkau beri kami kurniaan iman yang sempurna,
semua yang Engkau fardhukan
semoga dapat kami tunaikan,
ibadat solat
semoga dapat kami pelihara,
amal zakat
seoga dapat kami laksanakan
kasih sayang-MU dan kemaafan-MU
selalu kami harapkan.
Dengan petunjuk-MU
semoga kami dapat selalu berpegang
yang tidak berfaedah
semoga selalu dapat kami tinggalkan
terhadap dunia
semoga dapat kami berzuhud
terhadap akhirat
semoga kami dapat selalu menggemari,
dengan takdir-MU
semoga kami selalu dapat redha
terhadap nikmat-MU
semoga kami selalu dapat bersyukur
dan atas ujian-MU
semoga kami selalu dapat bersabar."

"Di bawah naungan panji-panji Nabi Muhammad saw
di Padang Mahsyar nanti
semoga kami akan dibawa
air telaga Kautsar
semoga dapat kami minum
ke dalam Syurga
semoga kami dapat dimasukkan
di atas tempat mulia 
semoga dapat kami didudukkan
dengan bidadari Syurga
semoga kami diperisterikan
dengan kain SUNDUSIN & ISTABRAQIN
semoga kami diberi pakaian
dengan makanan Syurga 
semoga kami diberi makan
dengan air susu dan air madu
semoga kami dapat diberi minum
dengan cawan ISKAN
dan gelas yang bersih 
beserta para nabi dan orang-orang benar
para syuhada dan para solihin."

"Ya ALLAH...
pada malam yang mulia yang penuh barakah ini
semoga Engkau jadikan kami orang2 yang berbahagia
yang diterima amal....
dan
semoga jangan engkau jadikan kami 
orang-orang yang celaka dan ditolak."

"Ya ALLAH...ya tuhan kami
maaflah dan ampunilah dosa-dosa kami
dan dosa ibubapa kami, nenek dan saudara2 kami
suami dan isteri kami, ahli rumah kami
guru2 dan orang2 yang mengajar kami
orang2 yang kami ajar 
dan 
orang2 yang mustahak atas kami
orang yang mencintai dan berbuat baik kepada kami
orang2 yang kami beri wasiat
dan
orang2 yang mewasiati kami dengan doa
semua orang Muslim dan Mukmin lelaki dan perempuan
baik yang masih hidup mahupun yang sudah mati."

"Ya ALLAH...
berlah kami keselamatan dan 
kesihatan dan juga atas mereka
dan orang2 yang melaksanakan 
ibadat haji dan berperang di jalan ALLAH
orang yang berziarah ke makam Rasulullah saw
orang2 Muslim yang sedang
dalam perjalanan di daratan dan di lautan."

"Ya ALLAH...
peliharalah kami dari kejahatan orang2 zalim
tolonglah kami dari gangguan 
orang2 kafir.
Ya ALLAH...ya tuhan kami yang
memperkenankan doa orang2 yang meminta
dan 
akhirilah hidup kami dengan kebaikan.
Ya ALLAH...ya tuhan kami yang Maha Pengasih."

"Semoga dilimpahkan selawat dan salam
atas junjungan kami Nabi Muhammad saw
yang paling mulia di antara makhluknya
beserta keluarga dan sahabatnya sekalian.
Segala puji bagi ALLAH pemelihara sekalian alam
 AMIN....
 
 

 

Friday 10 August 2012

CARA, NIAT, SYARAT MANDI WAJIB/JUNUB YANG SAH


Cara-cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islamantaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Bahasa Arab


Sunat Ketika Mandi Wajib

  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • GosoK atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

CERAMAH USTAZ AZHAR : BAB MANDI WAJIB








Wednesday 8 August 2012

Biskut suji salju yang rangup lagi yum..yum...yummm

Assalamualaikum semua...
haaa....hari ni nak kongsi biskut raya pulak....baru je buat masa cuti Nuzul Quran baru2 ni...
Sedapnya tak tau nak katala...resepi ni saya ceduk dari blog kak ummie ( dari mat gebu )...
Korang tryla...tak susah mana pun...tapi apa yang seronok kat sini bila kita buat kuih sendiri ialah kalau kuih tu tak sedap pun kita makan...kalo sedap...lagila....tak dan nak raya dah habis dah...saya buat kuih ni pun berperang dengan anak2. Yang si Aisyah ni dia aktif banyak....so...kerja dia memang suka buat apa yang kita buat...kita buat kuih dia pun nak buat jugak lah....apa2 pun cabaran ketika membuat biskut raya tahun nie..alhamdulillah semua menjadi dan sedap2 belaka....semua resepi baru tu saya ceduk dari dapur kak ummi...thanx ye kak...


Ni dia gambar biskut suji...sorryla...gambar tak berapa jelas...biskut dah susun dalam balang...tak sempat nak deco deco dah dengan anak kecil sorang nie...yang pasti kerja nak beres cepat....
Ni dia resepinya...

BISKUT SUJI SALJU
Sumber: Mat Gebu

BAHAN A :-)
  • 150 g minyak sapi
  • 100 g mentega ( butter rich : wangi satu rumah guna butter nie )
  • 100 g gula kastor (mat guna gula aising) - * saya guna gula icing beli kat kedai je...
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 kuning telur
BAHAN B :-)
  • 100 cornflakes, dikisar halus (mat guna"Nestum") -* saya guna cornflakes
  • 100 g tepung jagung
  • 50 g suji (semolina)-* saya beli kat kedai barang2 kek.
BAHAN C :-)
  • 280 g tepung gandum-*saya guna tepung ros. Dah ada yang tu, takla membazir.
  • Susu tepung secukupnya (mat guna susu "everyday") -* saya pun guna susu everyday tapi tambah sikit je gula icing.
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar bahan A hingga sebati. Masukkan semua bahan B dan gaul hingga rata. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang boleh dicanai.
  2. Canai doh tadi 1/2 cm dan terap guna acuan kegemaran. Buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15 - 20 minit.
  3. Biarkan suam dan salut biskut tadi dengan susu tepung. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...

Saya terap guna acuan yang agak besar jadi dapatnya pun cukup2 satu balang sederhana. Kalau guna acuan bulat sureee comel gitu....jimat duit untuk satu balang....Kos membuatnya tak le mahal sangat. Semua main kutip sikit2 dari apa yang kita beli kat kedai...ingat cuti minggu nie nak tambah stok lagiiii.....

Jom kita memasak...ia membantu kita mereleasekan tension.... 

Jumpa lagiii nanti......

Friday 3 August 2012

JALAN MUJAHADAH ITU INDAH


Assalamualaikum semua...

Saya tengah dok baca buku Ust Pahrol Juoi tapi x habis la lagi. Kupasan yang sangat mendalam dan menyentuh hati kecil...

Dalam tulisan beliau bertajuk Di Mana Dia Di Hatiku

 JALAN MUJAHADAH ITU INDAH

 Terimalah kesusahan yang sementara

  demi kesenangan yang abadi

    dunia tempat menyemai, 

 di akhirat nanti kita menuai...


Betapa besar makna kata-kata itu...hidup kita sentiasa di timpa dengan segala macam kesusahan...atau dengan kata lain...ujian...
Setiap orang pasti akan diuji dalam pelbagai perkara...atau dengan kata lain disempitkan Allah kehidupan seseorang...TUJUAN ujian ini adalah untuk menghapus dosa kita yang lama-lama....tanda sayang Allah kepada kita...menaikkan darjat keimanan seseorang itu 
Dan memang susah dan perit bila kita diuji dengan kesusahan dan kesakitan....sakit yang amat sangat...ada yang dapat bersabar ada jugala yang tak sabar.
Ketahuila...sesungguhnya jalan menuju Allah merupakan jalan menuju syurga...jalan ini sudah pasti dipenuhi dengan godaan, ujian dan kesukaran.
Sesungguhnya, kita semua manusia biasa...tidak punya kekuatan melainkan dari Allah semata-mata...
Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah yang bermaksud :






Terjemahannya:
1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2.Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

3.Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4.Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5.Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6.(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7.Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8.Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Masa saya diujian dengan ujian yang sangat berat...tetiba je teringat surah ni...menangis tak berlagu membaca surah ini dan maknanya.Dalam tangisan saya berulang2 kali membaca sehingga dada saya yang sesak dan sebak menjadi lapang..sangat besar maknanya...tetapi inila janji Allah kepada kita...di sebalik kesusahan sesungguhnya akan menjadi kesenangan...antara lambat atau cepat...

Banyak kelebihan jika mengamalkan surah ini...kesusahan yang ditanggung akan menjadi ringan dan rasa lapang sangat dada.Apa sahaja masalah kita...suami/isteri/anak-anak...ish...mcm2lah...



FADILATNYA:-

1. Amalkan membacanya sebanyak 7 kali selepas solat fardhu supaya dipermudahkan segala urusan dan murahkan rezeki.
2. Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

3. Amalkan membaca surah ini, insyaAllah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.

4. Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.

5. Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkanAllah SWT.

Caranya:

Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.

6. Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.

7. Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.

8. Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.

9. Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

10. Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.


Marilah kita semua beramal dengan surah ini...insyaallah...mujahadah kita Allah akan permudahkan...