Tuesday 25 September 2012

KELEBIHAN SELAWAT

Salam..semua...hari ni saya nak post dulu kelebihan selawat...hari tu janji nak post bukti kemenjadian baja terhadap padi mak ngah di Tanjung Piandang...belum sempat nak scan lagi resit jualan padi... Post yang ini dulu la...so, sahabat2 pembaca yang saya kasihi...selawat memberi banyak faedah dan kebaikan yang tidak ternilai kepada diri kita...antara kelebihan dan kebaikan kepada yang suka mengamalkannya ialah 

 1) dekat dengan Rasulullah SAW 
 Daripda Ibnu Mas'ud ra bahawa Rasulullah bersabda : " Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (Riw. At-Tarmidzi) 

2) Selawat kita akan sampai kepada Rasulullah SAW 
Daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda : "Jangalah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada." (Riw. Abu Daud) 

3) Rasulullah SAW menjawab salam kita 
 Rasulullah SAW bersabda : " Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah SWT menerima rohku sehingga aku menjawab salam kepadanya." (Riw. Abu Daud) 

4) Mendapat syafaat 
Sabda Rasulullah SAW : "Barang siapa berselawat kepadaku di waktu pagi 10 kali dan waktu petang 10 x, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat." (Riw. Thabarani) 

5) Diampun dosa 
Sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah SWT yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan (bersalam) dan berselawat kepada Nabi SAW melainkan Allah SWT mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah, baik yang telah lalu ataupun yang akan datang." (Riw Ibnu Sunni) 

6) Mendapat barkah 
Sabda Rasulullah SAW : "Setiap perkerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya." (Riw Ar-Rahawi) 

7) Tidak menjadi orang bakhil 
Ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah SAW, maka berselawatlah agar kita tidak disebut oleh Rasulullah SAW sebagai orang bakhil. RasulullahSAW bersabda : "Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya." (Riw. At-Tirmidzi) 

8) Allah SWT akan berselawat kepada kita 
 Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang berselawat atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah SWT akan berselawat ke atasnya 10 x." (Riw. Abdullah Bin Amru Bin Al-Ass ra) 

Jadi, sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 membasahkan bibir kita dengan amalan selawat ini sebagai tanda kasih kecintaan kita kepada Nabi Junjungan Besar SAW. Sesungguhnya, dari maksud firman Allah SWT, "Sesunggunhnya Allah SWT dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi da ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."
 (Al-Ahzab 33:56)

No comments:

Post a Comment